Interframe here !!


ShoutMix chat widget

**lovely**

**lovely**

September 15, 2011

Entri 16



selamat hari Malaysia ke-48.!!

* ingat lah jasa-jasa orang yang telah mendapatkan kemerdekaan untuk kita dimana kita semua bertuah berada di negara Malaysia yang aman *


ok, bukan nak cerita panjang lebar sangat pasal Malaysia. just for heading ~
hari ini semua orang cuti, sebab menyambut hari Malaysia.
bermakna aku pun cuti, tak ada kelas.

semalam hari yang memenatkan ! huh..
aku saje yang tahu betapa penat hari semalam. buat assignment itu, buat assignment ini,
study untuk 2 quiz, hari terbuka dekat hostel, training futsal, jamuan raya, blalalalalala ~

hahaha ! jawab quiz pun ntah apa-apa. pergi training pun lambat sebab mata terlelap.
balik dari jamuan raya, dah kenyang, mata pun rasa mengantuk. zassss! terus naik atas katil.
topup tidur. weeee~

ingat pasal makan, not bad la. boleh diterima oleh tekak, sebab masa
tu dah lapar sangat. hehehehe~
lagi-lagi teringat pasal kim. kalau aku keluar dengan dia,
segala jenis makanan dia akan bagi aku makan.
masa dekat subang hari tu, lepas dia balik dari kelas, perut dah lapar gila~


kiteorang pun keluar cari makan. sunway pyramid tempat pilihan.
kali yang ke-2 menjejak kan kaki ke situ.


pusing punya pusing, at last restaurant ni menjadi pilihan.
bukan tak pernah makan, tapi baru sekali. tapi bagi tekak kim ni, dah selalu kot.

* kenny Roger's Roaster*

*lapar dah ni..gluuurrp!*

* alolololo, comel nye dia... perut dah kenyang, baru nak senyum. cett~*

lagi sekali masa dekat Taylor's aku breakfast ni.

*subway Taylor's university lakeside campus*

* best broooo!! *

balik dari Taylor's, singgah sunway pyramid dengan si Atoi. ja
lan-jalan,
lepas tu kim lapar lagi. makan la pa nak makan, aku bayar.
kim nak makan yang ni. dah lama kim ajak aku makan
makanan KOREAN.

*nasi korea, kimchi, sup*

tapi aku takut tak boleh diterima oleh tekak. last-last, masuk jugak dalam mulut ni bila kim suruh rasa sikit. huh ! even makan nasi, bau dia lain.
sorry. cannot go~ heheh


p/s: lepas ni kita jumpa, nak makan apa lagi? bawak jela. sye bayar ok?
i vous aime tellement !! weee~

September 10, 2011

Entri 15






---> sambung lagi dari entri yang lepas.

selepas melihat dengan mata kepalan sendiri suasana di Taylor's University Lakeside Campus,

hari-hari aku ikut kim ke sana. tak kisah la even kelas dia start pukul 8, dan aku kene bangun

dan bersiap sebelum jam 7.30 AM.


hari ke-2 dan ke-3 aku lepak-lepak dekat library Taylor's, macam ni lah keadaan nya..




p/s: untung-untung, lain kali boleh datang sini lagi. syok ooo!!




September 7, 2011

Entri 14




---> sambung balik entri yang lepas..

haaa.. kan aku dah cakap sebelum tidur semalam, aku nak ikut kim pegi taylor's kan?
haa. memang aku ikut betul-betul pun. pagi-pagi bangun bersiap, macam aku pulak yang ada kelas kan. ahahahah !

sampai saja di Taylor's University Lakeside Campus, wow !! great gila.!
bagi view sikit..





haa.. dah nampak kan? wohoo! rasa macam nak sambung degree kat sini la pulak. heheheheh ! *bagi yang mampu la kan.*
sebenar nya saja nak lepak-lepak situ, amik berkat la katakan..

syok woo ! ok, kim ada kelas. so makna nya aku akan berseorangan. mana aku pergi?
tempat ni syok. library taylor's. wi-fi terbaiikk !! ahahah. kalau sesiapa duduk situ, nak online sampai bila-bila pun boleh. tapi kene ada password la kann..
aku dah dapat da.. heheheheh !

p/s: great gila. tapi sangat penat, dari pagi sampai petang duk mengadap laptop jer.huh !

Entri 13

ok.hari pertama dekat casa subang, duk rumah sorang-sorang.
sebab nya kim dah start kelas dia dekat taylor's.
bilik berselerak, so decide bangun jugak awal-awal even mata rasa tak nak bukak.
kemas punya kemas, eh, nak try laptop baru la.
yang ni kim belikan. thanks again my dear.
ok, macam biasa lah kan. online dulu facebook. then pagi-pagi lagi dah test
webcam dengan anis. wow ! heaven nye, clear gile. lepas ni kalau dah balik
kolej senang la nak skype. ahahaha ! boleh la nampak muka aku hari-hari. kan kim ??
ahahahah !

ok,sambung kemas bilik. kemas da habis, kepala otak serabut. tak tahu nak buat apa.
tengok tv? dah.. makan? pun dah jugak. nasi lemak ayam tuhh.
hurrmm. entah la. sambung online, download lagu, chit-chat, tidur. bangun tidur sambung lagi benda yang sama. syok ! layan lagu ni. best gila.


huh ! bila la kim ni nak balik dari kelas.
dah la kelas dia habis pukul 6petang. walaweyh! appa nak buat ni. tengok jam baru pukul 2petang, mandi pun tak lagi. terasa sangat lah malasnya nak
menyegarkan badan.

tengah tengok tv, kejap lagi macam ada orang bukak pintu. akui pun ingat kan mumbie balik. mumbie ni housemate kim. foreign student, from Africa. wohoo!
tengok-tengok kejap lagi, kim yang tercegat depan pintu.
haaaaaa !! lega.. tak la aku bosan sangat.

"kata kelas habis pukul 6petang? tak bagitau pun dah balik kelas?" dengan muka yang gembira, dia menjawab. "ahahahaa! saja je nak buat surprise.
kene tukar group 2, dalam schedule, kelas sampai 2petang, apa lagi. aku pun cepat-cepat la balik.".. haaaaa! bagus jugak la kim balik awal.
macam biasa, bila bersama, aku spend time dengan dia. pegi makan,
jalan-jalan, borak-borak sampai la malam, then tidur..
dengan mata terpejam, hati pun berkata.
zzZZzzzzz"esok ikut dia pegi taylor's la,tak sanggup duduk
sorang-sorang kat rumah' zzzZZZzzz.
gudnite.!

September 6, 2011

Entri 12



---> sambungan dari Entri yang sebelum ni.

perjalanan yang agak letih dari Muar ke UPM serdang dimana disitu lah
rumah mak angkat aku.
sampai saja di rumah, angkut beg kesana, angkut barang kesini aku dengan kim
ditugaskan untuk ke pasar. sebab hari ni mak nak buat makan-makan sikit.


almaklumlah. hari raya kan. jemputan tak adalah ramai sangat, ramai family belah husband kak long kim,
*Ann Nisa Zainudin*. family fyra pun ada jugak, dia merangkap adik angkat kim. ok, so makna nya, aku dapat jumpe dengan superhero aku. si kenit Emir Fahrin.!! hohoho. dengan budak tu pun rindu jugak weyh. rindu gila !!
ok, lepas membeli belah di pasar borong selangor, kemas rumah sikit-sikit.
then siap, badan kepenatan, mata keletihan, kaki kelenguhan. ahahaha.!
langsung tidur sekejap, sampai ke petang. tiba lepas maghrib, family abang Im sampai dulu.
dia ni abang kim yang pertama. handsome kot.ahahaha ! status? berkahwin, anak seorang.



*hurrm. cute budak nie. punya lah pemalu, bila dah kenal, hamik kau ! tak nak berganjak langsung duk

berborak*

lepas tu, keluar pegi beli ais dengan kim. dia apa lagi, kalau abang Im ada,
mesti la dye nk drive kereta abang Im tu, Peugeot 206. auto la pulak kannn.
memang syok la nak drive. hahah ! lagi syok bila kim bagi aku try drive. huhuh !
even lesen tak ada lagi, boleh la sikit-sikit drive. thanks my dear !

tak lama lepas tu, terkejut aku bila kak long masuk bilik. tak ketuk, tak apa,
terus je masuk.
"eh,kak long? sampai dah? " salam je tangan, terus tanya. "aen mana kak long? ".

kak long pun cakap, " ada tu ha, kat depan". terus keluar bilik then carik si kenit tu.
rasa nak menjerit je panggil budak tu. aaeeenn !! bila dia nampak aku, terus tersenyum lebar.
terus salam tangan aku, dengan mulut nya yang penuh dia duk sumbat dengan kuih raya.
hah ! nampak sangat dia kenal aku lagi. mana tak nya, masa jadi babysitter dia dulu, aku lah yang rajin melayan kerenah dia, pujuk dia bila gaduh dengan abang dia.

* haaa.. ni la dia. dua-dua masih comel lagi..*

seperti biasa la, bila dah ramai yang datang, layan la diorang makan.
tapi dalam masa yang sama, aku syok melayan aen main game. manja betul dia ni.
terubat sikit rindu kat dia. heheheh !

dah habis semua orang makan, aku dengan kim cepat-cepat la mengemas semua nya.
nak bersiap terus balik apartment kim kat Casa Subang, sebab nya esok kim dah ada kelas balik.
tengah kemas-kemas, kak long pun nak balik dah. salam aen, salam ean.
rindu balik dengan budak tu. tiba salam dengan kak long, dia hulur aku duit raya. ahahah !
terima kasih kak long.. tahun depan jangan lupa bagi lagi ye. hehehehe !

dalam pukul 11 malam macam tu, aku dengan kim da siap kemas dan nak balik ke apartment,
abang Im yang tolong hantar. masa dalam perjalanan, si Harish tu punya la tak berhenti bercakap. ahahahah ! aku pun melayan la. dia pun dah tak takut dengan aku, peramah jadi nya budak tuh.
duduk la atas riba aku sampai la aku sampai kat apartment. hehehe ! "ok harish, akak dengan Cik Imah nak balik, nanti jumpa lagi ok?".

tiba lah masa aku mengenali kehidupan best friend aku sepanjang dia
sambung degree dekat Taylor's University Lakeside Campus. sampai je dalam bilik, terus bukak envelop yang kak long abgi tadi. wow ! not 50 !! caya lah kak long. thanks again.
lepas tu terus baring atas katil dan borak-borak dengan kim . sejak dari semalam tak berpeluang langsung
nak ber-borak dengan dia. rindu nyaaa~ borak punya borak, kitaorang pun tertidur.
penat gila la kan. esok pun dia dah ada kelas nak attend.

sambung next entri.---->

Entri 11

aku sambung lagi dari entri yang ke-10..

pagi esok nye, dah lepas kemas-kemas barang and breakfast,
ayah ameer merangkap pakcik kepada ikrima zainudin dan ameen loqman,
ajak pergi dusun dia, amik buah pulasan. katanya ole-ole dari Muar sebelum balik kL.
ahahah !
aku pun tak melepaskan peluang untuk ikut.
pegila ke dusun dengan Hilux,ameer drive. syok jugak ronda-ronda kampung pagi-pagi ni. dengan kabus yang tebal, matahari yang baru nak naik.
wow !! heaven.

sampai je dusun, ha... start la Cik Man dengan Ameer amik pemetik buah,
dan aku dengan Ameen just tengok jela. heheheheh !
Kim Zainudin tak dapat ikut. tu sebab Cik Man tak bagi ikut. dia kata,sane banyak nyamuk.
huh ! anak saudara kesayangan pulakkk.
mane boleh kene gigit nyamuk sikit. punya lah sayang gile..
so,aku dengan ameen aje yang ikut.
memang syok tengok dusun Cik Man tuh, buah pulasan dia..
mak aii ! besar-besar kot. dan pokok dia rendah je.
budak 5tahun pun boleh petik buah pulasan tu. tu sebab Cik Man ni rajin potong dahan pokok tu, sebab nak kan dia jadi rendang.
aku pun tanya lah kat Cik Man.

Aku: cik man, pokok ni dulu cik man letak baja ke? buah dia elok,besar-besar pulak tuh.
Cik Man: eh,mesti lah letak. tapi cik man tak la pakai baja sembarangan. cik man pakai baja 'R'. kalau pakai baja 'M' , alamat tak berbuah laa..

ameer mula memandang aku, menunggu reaksi daripada aku. si ameen pun macam tu jugak, tapi dengan muka yang pelik. baja 'R' ?? baja 'M' ?
aku pun mula buat andaian, baja rajin dengan baja malas??

Cik Man: haaa.. betul la tuh..

ameen dengan blurr nye terus tersengih. ahahahah !
agak penuh la buah pulasan tu dalam satu kereta sorong tu,
kami pun balik. sampai saja di rumah, aku pun bungkus kan
buah pulasan tadi dalam karung, untuk bawa balik ke kL.
kami pun berangkat pulang. hahaha !
seronok jugak dapat kenal dengan family Cik Man nie.
lain kali, kalau lalu Muar tu, bole la singgah rumah dia.
heheheheheh !

p/s: lain kali boleh datang rumah Cik Man lagi,bole pegi dusun makan buah..

Entri 10

ok. aku sambung dengan entri yang lepas.

tiba hari raya yang ke-5, saat yang dinanti2kan.
menunggu orang yang datang dari kL-Muar-Kulai. hahahahah !
mengambil masa selama 2jam dari Muar untuk sampai ke Kulai.
namun,kesilapan telah dibuat oleh ameer,sebagai pemandu yang dinaiki mereka.
diaorang pergi ikut jalan dalam, dengan mengambil masa lebih kurang 3jam setengah. huh ! *sape suruh kan, highway sikit punye elok tak nak lalu*. boleh bengkak punggung rasa nya duduk dalam kereta selama itu. hamek kau !
tak apelah,pengalaman kann. ahahahah !
niat sebenar nak mak dan ayah angkat aku kenal dengan ibu dan papa.
tu je sebenarnye. tak ada apa pun.

borak punye borak, makan punye makan,
kejap lagi mak aku boleh pulak tanya dengan aku.
"ika,nak ikut mak balik kL tak?". ahahahah !
aku pun apa lagi,dengan senyuman yang melebar,
sambil mata menjeling kepada ibu dan papa. haaa!
nak minta permission la kan. dah kalau mak yang ajak,
ibu dengan papa pun bagi jela aku ikut. thanks ibu, papa !!
Love you so much !

ok,aku pun siap packing beg. dengan berbekalkan baju yang tak banyak sangat tuh.
dah lepas makan semua, mereka pun nak balik ke Muar semula.
aku pun ikut diaorang lah kan. balik dalam pukul 7malam, sampai dekat Muar
dah nak pukul 10 lebih. ikut perancangan nak balik kL malam tu jugak,
tapi mereka kepenatan.
thats mean,kami semua tidur la dekat rumah ameer lagi satu malam.
so decide balik kL lepas subuh esok.

p/s: lain kali,guna lah kemudahan yang ada tu yek.


September 5, 2011

Entri 9

sudah lama rasa nya meninggalkan Mr.Blog.
just grab this leisure time to update.
nak memulakan cerita pasal hari raya. yeah !
firstly nak wish "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI".
kesempatan ini nak memohon maaf atas semua dosa-dosa
yang telah dilakukan kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri ini samada dengan sengaja ataupun tidak.
sesungguhnya manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan.
ok, done.
cerita pasal hari raya pertama,
seperti biasa papa, abang ngah, amier dan eiman akan ke masjid untuk solat sunat aidilfitri. masing2 kacak berbaju melayu.
tema untuk tahun ni aku pilih colour grey. lepas tu,aku se-family
dijamu dengan masakan ibu. macam-macam makanan yang
biasanya disediakan pada hari raya. selesai semua tu,
tiba masa untuk bersalaman dan bermaafan dengan ibu & papa. ikut giliran tau ! start dengan along, aku, abang ngah, amier and eiman.
macam biasa lah, adat pada hari raya adalah ziarah menziarahi.
buat pertama kali aku dan family keluar berhari raya. sebabnya abang ngah pun baru saje beli kereta tahun ni. so dapat lah keluar beraya.
beraya sakan kesana dan kesini sampai hari raya yang ke-4 dan
hari itu juga aku mendapat berita gembira.
Kim Zainudin as my best friend nak datang beraya bersama mak, ayah, ameen dan ameer merangkap sebagai sepupu dia. ahahahah !
setelah lebih kurang 64 hari tidak berjumpa.
huh ! rindu nya tidak ter-kata.

p/s: sambung next entri. :)


August 5, 2011

Entri 8


sampai ke hari ini, dah 33 hari tak berjumpa dengan dia..

rinduuuuu sangat- sangat !!

masing-masing sibuk dengan study masing-masing..

tak sabar nak jumpa raya puasa ni..

yyeeaayyy !!



p/s: jumpa awak nanti rase nak peluk-peluk and kiss awak banyak !!
ooppss. terlebih sudah. sayang awak.. take care yeah !

Entri 7

sye tahu sye jahat.

sye tahu sye kejam.

terlalu kejam pada awak !!


sye minta maaf..

tapi memang tak dinafikan

sye terlalu sibuk hingga tak ada masa untuk bersama awak

sye mendiamkan diri selama beberapa minggu,

bukan kerana sye ingin menjauhkan diri dengan awak.

tapi banyak lagi komitmen yg perlu sye utamakan.

sye minta maaf sekali lagi..

maafkan sye ye encik bloggg !!

July 9, 2011

Entri 6






tiba-tiba rindu dengan si kecil..
meh zoom sikit pasal kanak-kanak riang ni --->

-kanak2 1-


si kecik ni nama dia AMAR. tak sure nama penuh dia apa. merupakan anak saudara saya yang pertama ( belah family papa ). umur 4 tahun kot. gila hyperactive dia ni. asyik nak cari gaduh dengan orang. keje nak menumbuk orang saje. doa2 la banyak kat budak ni, dah besar esok jadi orang berguna. kecik2 dah macam gangster. huish ! takut nak dekat dengan dia. tapi bile nampak kamera, terus buat muka comel. cett ~

p/s: amar jangan asyik nak menumbuk orang je tau !

-kanak2 2 & 3-


haha >> yang 2 orang ni adik beradik. juga merupakan adik saudara saya
( belah family ibu ) . si kakak bernama FADIAH ADILAH.
manis betul nama dia, macam orang nya jugak. umur 8 tahun. pandai berdikari. yelah, dah ada adik 3 orang kan. kena lah jadi seorang kakak yang matang. si abang pulak bernama MUHAMAD MUNZIRUDDIN. huh !
si abang ni lagi hebat. hyperactive jugak. suka main gaduh2 dengan abang saudara dia ( RAJA SHAHRUL EIMAN ). memang teruk la si eiman kene belasah. yela, main dengan budak kecik. kene la beralah sikit.
kalau nak tahu, mereka berdua ni suka memainkan dialog upin & ipin.
budak2 kan, mudah terpengaruh dengan media massa. ahahah ! siap hafal sebiji2 dialog tu. sorang jadi upin, sorang lagi jadi ipin. haishh~ seronok tengok telatah mereka nie.

p/s: kakak dengan abang, jangan asyik tengok upin & ipin saje tau ! heheh

-kanak2 4-


si comel ni nama dia FADIAH AJWIDAH. wow ! sedap nama dia.
umur 3 tahun ( tak berapa nak sure ). tinggal dengan parents dekat pontian, johor. merangkap sebagai adik saudara saya ( belah family ibu ). keje nye asyik nak menangis saje. active jugak, suka berlari-lari ( lagi2 bila datang rumah mak ngah dia ). manja budak nye, suka minta di dukung. tapi sekarang dah tak boleh nak manja sangat. dah dapat adik baru.

p/s : ajwidah, jangan nakal2 tau. jaga baby kt rumah.

-kanak2 5-


gambar hero di atas ni, nama diberi EMIR FERHAN.. nama panggilan EAN.
umur dia 9 tahun. tinggal dengan parents dekat bangi. hubungan?? ouh,saya merangkap babysitter dia selama beberapa hari.
cerita sikit pasal perangai si hero ni. sangat sensitif orang nya. tak bole buat salah sikit, dia akan menangis. padahal belum ada orang marah, tapi dia dah menangis. uish, susah nak buat keje dia nie. tunggu disuruh baru buat. kuat cemburu jugak dia nie, tak bole orang lain lebih sikit dari dia. heheh
hobi dia, suka main psp n psone.
haha ! peminat setia LIVERPOOL FC, ikut jejak papa dia. main bola pun hebat
dia ni, ada team sendiri PIRANHAS FC. wow ! hebat..

p/s: ferhan dah besar tau ! jangan asyik nak menangis je. tak hensem nanti.

-kanak2 6-


yang handsome nie pulak nama dia EMIR FAHRIN. nama panggilan AEN.
umur dye 5 tahun. adik kepada EMIR FERHAN.
hubungan? sama juga macam si abang, saya merangkap babysitter mereka selama beberapa hari.
nak cerita sikit pasal hero nie. happy go lucky, hyperactive. ha.. macam2 lagi la. cerdik budak nya, pandi berdikari, tak penakut macam si abang.( nak amik baju kat bilik atas pun suruh adik teman ) manja jugak dia nie. kalau nak ape2, pandai buat muka kesian. tapi cute !!
cita2 tinggi budak ni. ada girlfriend tau . jangan main-main. hahahah ! tiap2 petang pergi rumah budak si FARHA tuh. haishh~ bukan main lagi AEN nie. kecik2 lagi dah pandai.
hobi dia suka main game, lagi2 nintendo.. dia pun peminat setia LIVERPOOL FC. tengok la gambar dia tuh, pantang orang lain pakai bju liverpool. dia pun nak pakai jugak. kalau bole hari2 nak pakai baju tuh.

p/s: aen, jangan nakal2 tau ! tak lama lagi nak dapat adik baru..heheh

seronok sangat2 dapat melayan kanak2 macam nie. macam2 ragam diorang. biarpun penat melayan, mampu buat saya tersenyum dengan telatah mereka..

p/s: love you all so much !

Entri 5



orang selalu cakap, sayangilah dan hargailah orang yang menyayangi kamu selagi dia masih disisi kamu. tapi, mana nak cari orang yang macam tu? bukan senang nak dapat teman yang macam tu.

antara 10 ciri orang yang sayang dan hargai diri kamu --->

1. ambil tahu setiap apa yang kamu buat
2. selalu ingin kongsi apa yang dia ada
3. tak akan sanggup menyakiti hati kamu
4. juga tak akan sanggup mencederakan diri kamu
5. happy bila kamu juga happy
6. berkongsi cerita serta masalah samada cerita baik atau buruk
7. dia tak akan memaksa kamu untuk melakukan hal-hal yang tak ingin kamu lakukan
8. mudah dapat rasa perubahan terhadap diri kamu
9. dia selalu ingin dekat dengan kamu dan jaga kamu
10. tak akan membiarkan kamu tanpa berita



antara 10 ciri orang yang sayang tapi tidak pernah menghargai diri kamu --->

1. selalu ingin kamu memahami diri dia
2. tidak pernah cuba untuk mengalah atau memberi peluang kepada kamu
3. selalu ingin kamu memenuhi kehendak dia tapi tidak untuk kamu
4. cari kamu bila sunyi, tinggal kamu bila dia ada teman lain
5. mengambil kesempatan terhadap apa yang ada pada diri kamu
6. mempermainkan hati dan perasaan kamu
7. suka menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan kamu
8. tidak boleh menerima pendapat kamu
9. dia melarang kita melakukan sesuatu perkara, tetapi dia sendiri melakukannya
10. ha.. yang ni dah habis idea. search2 lah sendiri ok.weeee ;)


p/s : kepada anda yang tidak pernah menghargai teman2, jangan pernah menyesal atas apa yang anda telah buat dan jangan cuba merampas hak orang lain.

July 8, 2011

Entri 4

ok. mesti korang ter-tanya2 siapa kah gerangan partner saya a.k.a 'si dia'.. sesi pengenalan bermula. !!


nama : Nur Ikrima Binti Zainudin

tarikh lahir : 15 may 1989

asal : kuala lumpur

nama panggilan : krim, kim, ikrima, rima, imah

biasa panggil : kim saje

hobi : macam saya jugak, futsal

warna kegemaran : grey

kalau dia bole senaraikan 10 sebab kenapa dia suka kawan dengan saya, saya juga bole.

Let's go -->

1. kepala otak gila2
2. pemberi motivasi pada saya
3. happy ending
4. kuat makan
5. suka berkongsi, banyak cerita saya dengar dari mulut dia
6. sama minat dengan saya, suka main futsal
7. suka tengok dia marah, sebab bila marah muka dia cute.!!
8. suka pekik2.
9. orang nya sederhana
10. huh ! memang banyak lagi lah..

macam mana saya boleh kenal dan kawan dengan dia''

kata orang, jangan terlalu benci pada seseorang, nanti jadi sayang.
tambah2 orang memang kita tak kenal. kami merupakan pemain futsal dari kolej masing2.
'si dia' kata: memang tak suka tengok budak pakai jersi no 7,
budak bandar penawar ni. hish !!
sebab saya suka tunjuk jari telunjuk yang menunjukkan 1 tu,
bila saya dapat 1 gol. hahahah ! nak buat macam mana, dah spontan habit..
rasa nya jumpa dah 2 3 kali jugak la. tapi tak pernah tegur.
masing2 dalam permusuhan. sebab kitaorang jumpa dalam match futsal antara kolej2 mara dan kolej profesional mara. dia salah seorang wakil dari champion team, team kolej profesional mara beranang. last year match, rasa teruja untuk menyokong team kpm beranang. kenapa? tak tahu la.. tanpa rasa segan nya, saya terus ajak team bandar penawar masuk dalam court nak bergambar dengan team beranang punya pasal. haishh~
sebelum balik tu, ada la terserempak dan sempat berkenalan dengan salah seorang dari team dia. ' apex ' nama dia. mula lah tukar contact number and add friends dekat facebook. memang terbukti, facebook adalah rangkaian perhubungan paling hebat ! lepas sorang dan sorang saya add, ikrima adalah orang yang terakhir saya add. lepas saje dia approve request, bermula lah perkenalan serta perbualan yang mampu buat saya tersenyum dan tertawa. sebab dia pun memang suka gelak. dari situ, rupa2 nya saya tertarik pada dia sedikit demi sedikit. dan jadi lah perhubungan antara saya dan dia sehingga sekarang.

untuk ' Si Dia ' yang saya sayangi,,

~ terima kasih kerana sudi menjadi peneman hidup saya, berkongsi segalanya bersama tak kira susah atau senang.
~ sudi jadi saya punya pakar motivasi bila saya ada masalah

~ nasihat awak memang boleh diguna pakai

~saya senang bila bersama dengan awak, harap berkekalan sampai bila2

~ saya sayang awak banyak2 !!

Entri 3


hahahah ! meh sambung sikit cerita pasal cari kerja. memang dah puas
cari kerja dekat banyak tempat. The mines, Mid valley, The Garden dan
sekawasan dengan nya. dah nak dekat 2 minggu jugak lah cari, still tak dapat feedback.
At last ambil keputusan cari kerja part-time dekat intrnet. sape2 yang tak tahu, klik sini..
ha, mesti jumpa macam2 kerja. send profile kesana kesini, then sangkut jugak 1 kerja.
kami dipanggil untuk interview. Alhamdulillah.. dapat jugak. kerja apa?? haha. promoter saje.
ok what ? daripada tak ada kan..


nak kongsi sikit pengalaman. first time bekerja sebagai promoter. sumpah !!
penat sangat2. berdiri selama 14jam sambil memekik nak promote product punye pasal. tambah2 dapat bos yang bukan sebangsa dengan kita.
senang2 nak maki2 bagai. bangsa dia tak nak pulak maki. haram jadah betol !!
but then, its ok la. pengalaman kan. memang tak la aku nak kerja macam tu lagi.
tapi happy la jugak. bekerja bersama dengan si dia ( si dia lagi. siapa dia ni? ), mampu buat saya tersenyum.
walaupun dalam hati, tuhan saje yang tahu betapa lenguh nya kaki ini,
betapa perit nya tekak ini. ahahahahah !

* belum start kerja, boleh la kan tersenyum *

p/s: awak, saya tak pernah menyesal tau kerja macam ni dengan awak.. seronok je rasa. love you so much 1815 !!

July 7, 2011

Entri 2


ok, jom tengok apa yang saya buat semasa di serdang.
memang niat untuk bekerja disini. bukan lah bermakna kerja di Johor tu dah tak ada, tapi saje nak cari pengalaman, ber-susah dan ber-senang bersama si dia. (si dia lagi..) sampai saje di serdang, dah dapat kerja.
kerja apa? hahah.
menjadi bibik kepada 2org hero malaya merangkap anak saudara
kesayangan si dia. bibik dieorang balik kampung kejap.
al maklumlah, cuti sekolah pun dah start kan. seronok jadi bibik ni.
pagi2 lagi dah bangun kemas rumah, buat breakfast.
lepas tu melayan hero2 ni main game.
yang sorang main psp, sorang lagi main nintendo.
lepas tuh, partner saya yang sorang tu akan start masak untuk makan tengahari kiteorang. lepas makan, sambung melayan hero2 tadi.
bila si adik dah bosan dengan nintendo, dia mula bergaduh dengan si abang untuk dapatkan psp. si dia a.k.a cik ima diorang pun akan menjerit suruh mereka jangan bergaduh.haishh~
terpaksa la saya menggunakan kepakaran otak untuk selesaikan masalah mereka dengan tenang. letih kalau 22 dah bergaduh.
bila petang pulak saya akan bawak si adik (aen) dan si abang (ean) main dekat padang. macam tulah rutin saya dengan si dia selama beberapa hari..
seronok dapat jaga hero2 tu. :)

* Emir Fahrin (ber-baju kuning) dan sorang lagi Emir Ferhan*

comel kan diorang ni?? hahaha..

entri 1



hampir sebulan lebih bercuti semester yang ke-4,
hari ini bermula lah perjalanan aku di semester yang baru.
banyak perkara yang dibuat semasa cuti, tapi tak lah menghabiskan
masa cuti tu dengan benda yang tak berfaedah.
keputusan dibuat untuk menghabiskan masa di Kuala Lumpur.
lepas saje dapat pelepasan dari ibu dengan papa, hati ini gembira tak

terkata.
ini bermakna saya akan bersama si dia sepanjang masa.
sampai sahaja di serdang, pelbagai kenangan dirakam bersama. dengan siapa? tunggu entri yang seterusnya..

* kemana sahaja bersama*

*bersama si dia, setiap waktu mampu tersenyum*

May 15, 2011

saya minta maaf..

SUDAH LAME TAK BER-BLOGGER.....

ingat lagi masa mula2 rajin meng-update blog..
niat di hati nak men-tackle si dia,, nak cakap direct malu la pulak.
bermula dari itu, aku amat la rajin men-stalker blog dye.. HAHAH !

bila dah baca, jari ni pun mula lah nak aktif menaip dalam erti kata lain meluahkan perasaan kepada si dia. HAHAHAH !

kantol sudah.. mula2 rasa syok sendiri, rupe2 nya aku tak ber-tepuk sebelah tangan..
yeaayyy !!

sehingga 11 may 2011, genap la perkenalan, perhubungan, percintaan *segala macam 'pe' lagi lah* kami selama 6-bulan.. HEHEH !


HAPPY 6-MONTH ANNIVERSARY AWAK !!


6 bulan.... huh ! ber-macam2 halangan dan rintangan serta dugaan dialami.
Al-maklum lah..kami berjauhan.. yang sorang di ibu negeri malaysia,
sorang lagi pula di selatan tanah air ter-cinta..
*tak de la jauh mana pun*

ye, macam tak jauh. tapi bagi kite org selangkah bagaikan 10km jauhnya.. HAHAHAH !
sejak dari itu, aku sudah mula ber-malas2 san nak meng-update blog.

sebab nye aku ditemani si dia 24hours.
wow !! amazing !!
betul.. aku tak tipu la weyh, 24hours on-call.. AHAHAH !

membazir kredit?? haish..
tak luak pun kredit kite org.. HAAA....
ini sume atas jasa dan budi pekerti MR DIGI la... HEHEHEHEH !!

call and sms sepanjang masa. hah! promote sekejap//
dengan cara itu, aku tak perlu la nak meluahkan perasaan di blog.

cakap direct je terus..kan sayang kan?? huhuhuhu
sekarang ni pun, aku tak habis lagi final exam untuk sem4 nie..

yang ter-haru sangat2, si dia selalu teman kan aku study..
wow ! study pun kena teman ?? makin bersemangat la rase nye..

tiap2 pagie sebelum pegi exam hall, aku di-bekalkan kata2 semangat dari dia...
wow, hebat !! AHAHAHAH !

rasa nye nak sign-out sekarang la.. mate aku dah kuyu dah nie, even meng-update nie jam baru pkul 2.33 pm, ini sebab aku baru lepas men-jawab paper FINANCE MANAGEMENT..
rase nak pecah kepala, putus jari pun ada.. AHAHAHAH !
tinggal satu je lagi paper tough..MANAGEMENT ACCOUNTING..
wooaaaa!!
nak menangis rasa nye nak menjawab soalan dye..
eh-eh.. dah2.. kate nak sign-out tadi. ok
*fullstop*


p/s: thankx to sayang sebab sentiasa berada di sisi ini..<3 you forever.1815

April 16, 2011

goo-goo

bila ditanya ber-patah2, hanya sepatah yg dijawab nye..

ini bermaksud, dye sudah merajuk !! wuhuuu !!

bukan salah awak la IZ, encik goo-goo jugak yang salah.and-and??

you are missing this word 'Te'.. itu sebab maksud dye dah jadi lain.. ok??

whatever it is, i'm sorry ok?? not your fault at all..

i know what you mean~

' Te Quiero Tanto '

p/s: sye syang awak sangat2~love you forever1815 !!

April 11, 2011

11 APR 2011

genap 5 bulan perkenalan, baru 2kali prtemuan..

itupun trpaksa mnunggu selama 2 mggu untuk prtemuan kali ke-2..
rse macam 2bulan. huh ! its ok..
aku sibukkan diri dengan macam2 kerja yang aku buat.
bila tiba masa pertemuan kedua, rase macam tak pernah jumpa. rindu nya !!
tapi, macam yang dulu, hanya 2hari aku dpat meluangkan masa brsama..
kali ni, rasa macam nak hentikan masa.
namun aku masih tak mampu berbuat apa2..
terpaksa berpisah sekali lagi.. pertemuan seterusnya dah dirancang.
tapi, selepas 2 bulan ?? ouh man..
rasa macam 2 tahun.. how come ??
yes, we have to be strong my dear...
jangan sedih2 ok? nanti kita jumpa lagi..

p/s: nampaknya rindu makin membuak2 la IZ.. love you1815 !!


March 30, 2011

Indera Mahkota

everything will be okey..
hah ! setelah ber-bulan2 sekadar ber-mesej dan ber-gayut,
akhir nya aku dan dia bertemu pada tanggal 25 mac 2011 tepat jam 5.45 pm..
aku pun tak tahu kenapa dan mengapa tak ada sedikit pun rasa gentar
dan gugup bila 2 pasang mata bertentangan.
yeah ! finally IZ.. ter-ubat sedikit rindu dalam hati ini.
saatn yang ditunggu2 telah pun tiba..
mghabiskan masa brsama dye, tak akan dilupakan.
tapi, masa trlalu cepat berlalu..
selepas 2 hari pertemuan, kami pun terpisah semula..
berat rse hati ini, namun apa boleh buat..

p/s: yes IZ.. thankx for everything..see you another 2 weeks ! love you !

March 13, 2011

-1815-

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...

p/s: i miss you so much my keol !

sincerefrommyheart

congratulations !!

seumur hidup sye belum pernah ada org yang mnyayangi

sye lebih dari yang lain selain dari ibu dan papa dan siblings yang lain..

TAHNIAH !!

tahniah sekali lagi buat diri sye sendiri kerana mempunyai

insan yang menyayangi diri ini sepenuh hati.

and now,,

i already know one thing about me, that i love IZ so much1815 !!

p/s : thankz my dear to being my lover.

sincerefrommyheart

February 26, 2011

feel it >>

remember this one thing

when memories of past haunt, I will always be on your side and help you to forget it ..


when it happened again, just say something that makes you feel good

i believe that you can do it..


sincerefrommyheart

February 12, 2011

>>>


setiap pertemuan itu ada perpisahan..

but then, i just want to remind you

jangan sesekali perpisahan itu diseru sebelum tiba masa nya...

enjoy this happiness with me as long as you want..


always and forever..1815 !!

sincerefrommyheart


1815

bila hati dah kata sayang.
yeah, i really mean it..

11 february 2011
- our anniversary yg ke 3 bulan !! heheheheh -


p/s: i miss u so much1815 !! wait for me on this march ok??

sincerefrommyheart

Hee Keol

eh, i already know one thing about "my keol"

bila oncall dengan dye,jangan sesekali berbicara dengan orang lain..
hah!! kalau tak, dye akan end call dengan tiba tiba...
thats mean?? hahah.
tahap kecemburuannya sudah mencapai ke tahap yang maksimum..
walaweyh,, bukan senang nak pujuk balik wooo..
Blockquotesebab nye, sye bukan lah seorang yang pandai memujuk..
but then sye brjaya jugak !!
huhuhuhuhu

p/s: i'll never do it again dear...jangan merajuk lama2 ok?

sincerefrommyheart

just fur you

Hanya pada mu
Ku serahkan segalanya
Kau bertakhta di nurani
Anggun cinta mu abadi
Hanya pada mu
Pertama dan yang terakhir
Pohon cinta ku merendang
Disirami kasih suci

Jiwa ku dipalu gemersik tak terkira
Hampir ku terlena dalam belaian mu
Cinta mu selembut sutera menjadi saksi kasih ku
Tiada dua hanyalah satu kau yang ku cintai
Sekelumit cinta sekurun kerinduan
Ku rempuhi ranjau duka
Membara sehangat api
Terhapus sepi di hati ku
Seulas bibir mu kelu tidak berkata
Namun ada sesuatu
Nurbisa dari mata mu
Terpancar cinta yang sejati
Awan yang berarak saujana membiru
Cerahlah wajah mu di rimba sendu ku
Menjadi hamparan cinta suci

p/s: all the thing i do, it just for you..

sincerefrommyheart

January 18, 2011

M.I.A

Mengapa kau melarikan dirimu
Ku rasa sayu
Ku ingin kau di sampingku
Kemana kau menghilangkan dirimu
Ku rasa rindu
Ku mencarimu
Di singgah sana

Dan aku
Seperti waktu dahulu
Hilang tempat bermanja
Kau pula
Bersuka ria

Kemana kau menghilangkan diri
Ku yang mencari
Manakah janji dan sumpah setiamu
Yang kau berikan kepadaku

Apakah kesalahanku padamu
Dan juga tingkah laku ku itu
Sehingga kau menghilangkan dirimu
Dan aku kehilanganmu

Tolonglah kembali kepangkuan ku
Ku ingin bersamamu
Seperti waktu dahulu
Kita berdua gembira


*p.s: i'm so sorry..i didn't mean to make you frustrated*

January 15, 2011

weee~~


uwwwaaaa!!!
teringin nak makan yang ni..

*takoyaki*

sy sangat jakun dengan makanan nie. first time jumpa benda ni dekat mid valley. padahal kat jB ada je jual.. hehehehhehe!! bila la sy nak kuar pegi makan tako nie.
dengan rasa teruja nya nak makan lagi sekali. of corse bila makan sy akan teringat kat seseorang..;) wink wink!!


*p.s: thankx kat kim yang membuat org nak makan benda ni.*

lepaklepak


buat minggu yg ke 2 berada di kolej, sy terasa sangat bosan bila tak tahu nak buat apa.
pagi2 lagi dah keluar bersama puteri umairah adni, nur hidayati, filza atika, dan nurshahida. sebab nya ada sorang ni teringin nak makan roti canai?? AHAHAH
AHA ! so, sy ikut saje la.. 8.30 a.m dah bangun untuk bersiap.ah ! xpenah2 sy bangun pagi.*teruk nya kau nie raje*
bila dah sampi ke lokasi yg hndak dituju, kami mula memesan roti canai pelbagai pilihan. roti kosong, roti telur, roti sardin dan roti bomm ! HAHAHA!
yg last tu sy punya..heheheheh..
settle je breakfast roti canai, masing2 pandang sesama mereka.. jam kat
tangan baru pukul 10.30 a.m..

filza: "weh, baru pukul brape? tak kan nak balik dah. balik bilik pun bukan bu
at apa an."
aku: "then? kau nak pegi mana lagi?

masing2 memutarkan kepala otak untuk berfikir. yeaaah !
keputusan diambil untuk melepak di tepi pantai.. whhooaa !! best nya..
tanjung balau lokasi pilihan.. 5 rakan ber baju kurung bersiar2 di tepi pantai. HAHAHAHAHA!


*baju kurung bukan halangan untuk kami memanjat*

*jangan anda hiraukan sampah yg terlihat tu.huhuhuhuhuhu*


*semua gambar ni di edit oleh yati*

banyak lagi sebenarnya gambar2 kat tepi pantai. tapi malas nak upload banyak2.
ni jela yg ada.
apa2 pun, mengikut perancangan sy tak mahu la
pulang ke hostel sampai lewat petang. tapi bila dah sampai ke sini, macam2 di buat.

sampai saje di hostel lebih kurang pukul 5.30 p.m sy terus mandi dan tidur !!
AHAHAHAHAH !
mana tak nya, dah la kene bangun awal. malam semalam berborak sampi pukul 2pagie.
then hari ni keluar sampai petang, of corse la penat tahap cipan ! sy balon tidur sampai pukul 8.30 p.m. HAH ??!
kau tidur time maghrib?? nauzubillah..... huhuhuhuhuhu !! teruk betul la kau nie..
lepas bangun dari tidur tu, tak tahu pulak nak buat apa..
then merayap ke bilik filza.. buka je pintu dia tengah tidur lagi..

aku: "woi !!! kau tak bangun lagi dari tadi?? teruk betol la kau ni..bangun bangun bangun !!!

HAHAAHAH! padahal aku pun sama baru bangun tidur.. saje je kacau dia tidur.
then borak2 lagi dengan dia. kalau nak tahu, rakan sy bernama filza atikah ni memang kaki borak. dengan setia mendengar segala cerita dia sampai pukul 11.30 p.m..
then sy balik kebilik. entah kenapa terasa nak call someone. nak dengar suara dia. heh ! sebab nya sy malas nak menaip msg.. dan terus mendail.. yeay !! dia pick up.. terus berborak dan berborak.. tiba2 jek end call,,aik?? hadeh..kredit pulak habis..spoil la ! 2minit lepas tuh. topup pon masuk..huhuhuhuhu! call her back..
lama la jugak berborak sebab dia memang banyak cerita nak dibualkan. sy hanya mampu mendengar dan gelakgelak!! ahhahahaha..

*p.s: thanks kim kerana melayan orang.terima kasih ea dengan pesanan dan tips2 yg kim bg tuh. luv u~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...