Interframe here !!


ShoutMix chat widget

**lovely**

**lovely**

July 9, 2011

Entri 6






tiba-tiba rindu dengan si kecil..
meh zoom sikit pasal kanak-kanak riang ni --->

-kanak2 1-


si kecik ni nama dia AMAR. tak sure nama penuh dia apa. merupakan anak saudara saya yang pertama ( belah family papa ). umur 4 tahun kot. gila hyperactive dia ni. asyik nak cari gaduh dengan orang. keje nak menumbuk orang saje. doa2 la banyak kat budak ni, dah besar esok jadi orang berguna. kecik2 dah macam gangster. huish ! takut nak dekat dengan dia. tapi bile nampak kamera, terus buat muka comel. cett ~

p/s: amar jangan asyik nak menumbuk orang je tau !

-kanak2 2 & 3-


haha >> yang 2 orang ni adik beradik. juga merupakan adik saudara saya
( belah family ibu ) . si kakak bernama FADIAH ADILAH.
manis betul nama dia, macam orang nya jugak. umur 8 tahun. pandai berdikari. yelah, dah ada adik 3 orang kan. kena lah jadi seorang kakak yang matang. si abang pulak bernama MUHAMAD MUNZIRUDDIN. huh !
si abang ni lagi hebat. hyperactive jugak. suka main gaduh2 dengan abang saudara dia ( RAJA SHAHRUL EIMAN ). memang teruk la si eiman kene belasah. yela, main dengan budak kecik. kene la beralah sikit.
kalau nak tahu, mereka berdua ni suka memainkan dialog upin & ipin.
budak2 kan, mudah terpengaruh dengan media massa. ahahah ! siap hafal sebiji2 dialog tu. sorang jadi upin, sorang lagi jadi ipin. haishh~ seronok tengok telatah mereka nie.

p/s: kakak dengan abang, jangan asyik tengok upin & ipin saje tau ! heheh

-kanak2 4-


si comel ni nama dia FADIAH AJWIDAH. wow ! sedap nama dia.
umur 3 tahun ( tak berapa nak sure ). tinggal dengan parents dekat pontian, johor. merangkap sebagai adik saudara saya ( belah family ibu ). keje nye asyik nak menangis saje. active jugak, suka berlari-lari ( lagi2 bila datang rumah mak ngah dia ). manja budak nye, suka minta di dukung. tapi sekarang dah tak boleh nak manja sangat. dah dapat adik baru.

p/s : ajwidah, jangan nakal2 tau. jaga baby kt rumah.

-kanak2 5-


gambar hero di atas ni, nama diberi EMIR FERHAN.. nama panggilan EAN.
umur dia 9 tahun. tinggal dengan parents dekat bangi. hubungan?? ouh,saya merangkap babysitter dia selama beberapa hari.
cerita sikit pasal perangai si hero ni. sangat sensitif orang nya. tak bole buat salah sikit, dia akan menangis. padahal belum ada orang marah, tapi dia dah menangis. uish, susah nak buat keje dia nie. tunggu disuruh baru buat. kuat cemburu jugak dia nie, tak bole orang lain lebih sikit dari dia. heheh
hobi dia, suka main psp n psone.
haha ! peminat setia LIVERPOOL FC, ikut jejak papa dia. main bola pun hebat
dia ni, ada team sendiri PIRANHAS FC. wow ! hebat..

p/s: ferhan dah besar tau ! jangan asyik nak menangis je. tak hensem nanti.

-kanak2 6-


yang handsome nie pulak nama dia EMIR FAHRIN. nama panggilan AEN.
umur dye 5 tahun. adik kepada EMIR FERHAN.
hubungan? sama juga macam si abang, saya merangkap babysitter mereka selama beberapa hari.
nak cerita sikit pasal hero nie. happy go lucky, hyperactive. ha.. macam2 lagi la. cerdik budak nya, pandi berdikari, tak penakut macam si abang.( nak amik baju kat bilik atas pun suruh adik teman ) manja jugak dia nie. kalau nak ape2, pandai buat muka kesian. tapi cute !!
cita2 tinggi budak ni. ada girlfriend tau . jangan main-main. hahahah ! tiap2 petang pergi rumah budak si FARHA tuh. haishh~ bukan main lagi AEN nie. kecik2 lagi dah pandai.
hobi dia suka main game, lagi2 nintendo.. dia pun peminat setia LIVERPOOL FC. tengok la gambar dia tuh, pantang orang lain pakai bju liverpool. dia pun nak pakai jugak. kalau bole hari2 nak pakai baju tuh.

p/s: aen, jangan nakal2 tau ! tak lama lagi nak dapat adik baru..heheh

seronok sangat2 dapat melayan kanak2 macam nie. macam2 ragam diorang. biarpun penat melayan, mampu buat saya tersenyum dengan telatah mereka..

p/s: love you all so much !

Entri 5



orang selalu cakap, sayangilah dan hargailah orang yang menyayangi kamu selagi dia masih disisi kamu. tapi, mana nak cari orang yang macam tu? bukan senang nak dapat teman yang macam tu.

antara 10 ciri orang yang sayang dan hargai diri kamu --->

1. ambil tahu setiap apa yang kamu buat
2. selalu ingin kongsi apa yang dia ada
3. tak akan sanggup menyakiti hati kamu
4. juga tak akan sanggup mencederakan diri kamu
5. happy bila kamu juga happy
6. berkongsi cerita serta masalah samada cerita baik atau buruk
7. dia tak akan memaksa kamu untuk melakukan hal-hal yang tak ingin kamu lakukan
8. mudah dapat rasa perubahan terhadap diri kamu
9. dia selalu ingin dekat dengan kamu dan jaga kamu
10. tak akan membiarkan kamu tanpa berita



antara 10 ciri orang yang sayang tapi tidak pernah menghargai diri kamu --->

1. selalu ingin kamu memahami diri dia
2. tidak pernah cuba untuk mengalah atau memberi peluang kepada kamu
3. selalu ingin kamu memenuhi kehendak dia tapi tidak untuk kamu
4. cari kamu bila sunyi, tinggal kamu bila dia ada teman lain
5. mengambil kesempatan terhadap apa yang ada pada diri kamu
6. mempermainkan hati dan perasaan kamu
7. suka menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan kamu
8. tidak boleh menerima pendapat kamu
9. dia melarang kita melakukan sesuatu perkara, tetapi dia sendiri melakukannya
10. ha.. yang ni dah habis idea. search2 lah sendiri ok.weeee ;)


p/s : kepada anda yang tidak pernah menghargai teman2, jangan pernah menyesal atas apa yang anda telah buat dan jangan cuba merampas hak orang lain.

July 8, 2011

Entri 4

ok. mesti korang ter-tanya2 siapa kah gerangan partner saya a.k.a 'si dia'.. sesi pengenalan bermula. !!


nama : Nur Ikrima Binti Zainudin

tarikh lahir : 15 may 1989

asal : kuala lumpur

nama panggilan : krim, kim, ikrima, rima, imah

biasa panggil : kim saje

hobi : macam saya jugak, futsal

warna kegemaran : grey

kalau dia bole senaraikan 10 sebab kenapa dia suka kawan dengan saya, saya juga bole.

Let's go -->

1. kepala otak gila2
2. pemberi motivasi pada saya
3. happy ending
4. kuat makan
5. suka berkongsi, banyak cerita saya dengar dari mulut dia
6. sama minat dengan saya, suka main futsal
7. suka tengok dia marah, sebab bila marah muka dia cute.!!
8. suka pekik2.
9. orang nya sederhana
10. huh ! memang banyak lagi lah..

macam mana saya boleh kenal dan kawan dengan dia''

kata orang, jangan terlalu benci pada seseorang, nanti jadi sayang.
tambah2 orang memang kita tak kenal. kami merupakan pemain futsal dari kolej masing2.
'si dia' kata: memang tak suka tengok budak pakai jersi no 7,
budak bandar penawar ni. hish !!
sebab saya suka tunjuk jari telunjuk yang menunjukkan 1 tu,
bila saya dapat 1 gol. hahahah ! nak buat macam mana, dah spontan habit..
rasa nya jumpa dah 2 3 kali jugak la. tapi tak pernah tegur.
masing2 dalam permusuhan. sebab kitaorang jumpa dalam match futsal antara kolej2 mara dan kolej profesional mara. dia salah seorang wakil dari champion team, team kolej profesional mara beranang. last year match, rasa teruja untuk menyokong team kpm beranang. kenapa? tak tahu la.. tanpa rasa segan nya, saya terus ajak team bandar penawar masuk dalam court nak bergambar dengan team beranang punya pasal. haishh~
sebelum balik tu, ada la terserempak dan sempat berkenalan dengan salah seorang dari team dia. ' apex ' nama dia. mula lah tukar contact number and add friends dekat facebook. memang terbukti, facebook adalah rangkaian perhubungan paling hebat ! lepas sorang dan sorang saya add, ikrima adalah orang yang terakhir saya add. lepas saje dia approve request, bermula lah perkenalan serta perbualan yang mampu buat saya tersenyum dan tertawa. sebab dia pun memang suka gelak. dari situ, rupa2 nya saya tertarik pada dia sedikit demi sedikit. dan jadi lah perhubungan antara saya dan dia sehingga sekarang.

untuk ' Si Dia ' yang saya sayangi,,

~ terima kasih kerana sudi menjadi peneman hidup saya, berkongsi segalanya bersama tak kira susah atau senang.
~ sudi jadi saya punya pakar motivasi bila saya ada masalah

~ nasihat awak memang boleh diguna pakai

~saya senang bila bersama dengan awak, harap berkekalan sampai bila2

~ saya sayang awak banyak2 !!

Entri 3


hahahah ! meh sambung sikit cerita pasal cari kerja. memang dah puas
cari kerja dekat banyak tempat. The mines, Mid valley, The Garden dan
sekawasan dengan nya. dah nak dekat 2 minggu jugak lah cari, still tak dapat feedback.
At last ambil keputusan cari kerja part-time dekat intrnet. sape2 yang tak tahu, klik sini..
ha, mesti jumpa macam2 kerja. send profile kesana kesini, then sangkut jugak 1 kerja.
kami dipanggil untuk interview. Alhamdulillah.. dapat jugak. kerja apa?? haha. promoter saje.
ok what ? daripada tak ada kan..


nak kongsi sikit pengalaman. first time bekerja sebagai promoter. sumpah !!
penat sangat2. berdiri selama 14jam sambil memekik nak promote product punye pasal. tambah2 dapat bos yang bukan sebangsa dengan kita.
senang2 nak maki2 bagai. bangsa dia tak nak pulak maki. haram jadah betol !!
but then, its ok la. pengalaman kan. memang tak la aku nak kerja macam tu lagi.
tapi happy la jugak. bekerja bersama dengan si dia ( si dia lagi. siapa dia ni? ), mampu buat saya tersenyum.
walaupun dalam hati, tuhan saje yang tahu betapa lenguh nya kaki ini,
betapa perit nya tekak ini. ahahahahah !

* belum start kerja, boleh la kan tersenyum *

p/s: awak, saya tak pernah menyesal tau kerja macam ni dengan awak.. seronok je rasa. love you so much 1815 !!

July 7, 2011

Entri 2


ok, jom tengok apa yang saya buat semasa di serdang.
memang niat untuk bekerja disini. bukan lah bermakna kerja di Johor tu dah tak ada, tapi saje nak cari pengalaman, ber-susah dan ber-senang bersama si dia. (si dia lagi..) sampai saje di serdang, dah dapat kerja.
kerja apa? hahah.
menjadi bibik kepada 2org hero malaya merangkap anak saudara
kesayangan si dia. bibik dieorang balik kampung kejap.
al maklumlah, cuti sekolah pun dah start kan. seronok jadi bibik ni.
pagi2 lagi dah bangun kemas rumah, buat breakfast.
lepas tu melayan hero2 ni main game.
yang sorang main psp, sorang lagi main nintendo.
lepas tuh, partner saya yang sorang tu akan start masak untuk makan tengahari kiteorang. lepas makan, sambung melayan hero2 tadi.
bila si adik dah bosan dengan nintendo, dia mula bergaduh dengan si abang untuk dapatkan psp. si dia a.k.a cik ima diorang pun akan menjerit suruh mereka jangan bergaduh.haishh~
terpaksa la saya menggunakan kepakaran otak untuk selesaikan masalah mereka dengan tenang. letih kalau 22 dah bergaduh.
bila petang pulak saya akan bawak si adik (aen) dan si abang (ean) main dekat padang. macam tulah rutin saya dengan si dia selama beberapa hari..
seronok dapat jaga hero2 tu. :)

* Emir Fahrin (ber-baju kuning) dan sorang lagi Emir Ferhan*

comel kan diorang ni?? hahaha..

entri 1



hampir sebulan lebih bercuti semester yang ke-4,
hari ini bermula lah perjalanan aku di semester yang baru.
banyak perkara yang dibuat semasa cuti, tapi tak lah menghabiskan
masa cuti tu dengan benda yang tak berfaedah.
keputusan dibuat untuk menghabiskan masa di Kuala Lumpur.
lepas saje dapat pelepasan dari ibu dengan papa, hati ini gembira tak

terkata.
ini bermakna saya akan bersama si dia sepanjang masa.
sampai sahaja di serdang, pelbagai kenangan dirakam bersama. dengan siapa? tunggu entri yang seterusnya..

* kemana sahaja bersama*

*bersama si dia, setiap waktu mampu tersenyum*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...