Interframe here !!


ShoutMix chat widget

**lovely**

**lovely**

September 15, 2011

Entri 16



selamat hari Malaysia ke-48.!!

* ingat lah jasa-jasa orang yang telah mendapatkan kemerdekaan untuk kita dimana kita semua bertuah berada di negara Malaysia yang aman *


ok, bukan nak cerita panjang lebar sangat pasal Malaysia. just for heading ~
hari ini semua orang cuti, sebab menyambut hari Malaysia.
bermakna aku pun cuti, tak ada kelas.

semalam hari yang memenatkan ! huh..
aku saje yang tahu betapa penat hari semalam. buat assignment itu, buat assignment ini,
study untuk 2 quiz, hari terbuka dekat hostel, training futsal, jamuan raya, blalalalalala ~

hahaha ! jawab quiz pun ntah apa-apa. pergi training pun lambat sebab mata terlelap.
balik dari jamuan raya, dah kenyang, mata pun rasa mengantuk. zassss! terus naik atas katil.
topup tidur. weeee~

ingat pasal makan, not bad la. boleh diterima oleh tekak, sebab masa
tu dah lapar sangat. hehehehe~
lagi-lagi teringat pasal kim. kalau aku keluar dengan dia,
segala jenis makanan dia akan bagi aku makan.
masa dekat subang hari tu, lepas dia balik dari kelas, perut dah lapar gila~


kiteorang pun keluar cari makan. sunway pyramid tempat pilihan.
kali yang ke-2 menjejak kan kaki ke situ.


pusing punya pusing, at last restaurant ni menjadi pilihan.
bukan tak pernah makan, tapi baru sekali. tapi bagi tekak kim ni, dah selalu kot.

* kenny Roger's Roaster*

*lapar dah ni..gluuurrp!*

* alolololo, comel nye dia... perut dah kenyang, baru nak senyum. cett~*

lagi sekali masa dekat Taylor's aku breakfast ni.

*subway Taylor's university lakeside campus*

* best broooo!! *

balik dari Taylor's, singgah sunway pyramid dengan si Atoi. ja
lan-jalan,
lepas tu kim lapar lagi. makan la pa nak makan, aku bayar.
kim nak makan yang ni. dah lama kim ajak aku makan
makanan KOREAN.

*nasi korea, kimchi, sup*

tapi aku takut tak boleh diterima oleh tekak. last-last, masuk jugak dalam mulut ni bila kim suruh rasa sikit. huh ! even makan nasi, bau dia lain.
sorry. cannot go~ heheh


p/s: lepas ni kita jumpa, nak makan apa lagi? bawak jela. sye bayar ok?
i vous aime tellement !! weee~

September 10, 2011

Entri 15






---> sambung lagi dari entri yang lepas.

selepas melihat dengan mata kepalan sendiri suasana di Taylor's University Lakeside Campus,

hari-hari aku ikut kim ke sana. tak kisah la even kelas dia start pukul 8, dan aku kene bangun

dan bersiap sebelum jam 7.30 AM.


hari ke-2 dan ke-3 aku lepak-lepak dekat library Taylor's, macam ni lah keadaan nya..




p/s: untung-untung, lain kali boleh datang sini lagi. syok ooo!!




September 7, 2011

Entri 14




---> sambung balik entri yang lepas..

haaa.. kan aku dah cakap sebelum tidur semalam, aku nak ikut kim pegi taylor's kan?
haa. memang aku ikut betul-betul pun. pagi-pagi bangun bersiap, macam aku pulak yang ada kelas kan. ahahahah !

sampai saja di Taylor's University Lakeside Campus, wow !! great gila.!
bagi view sikit..





haa.. dah nampak kan? wohoo! rasa macam nak sambung degree kat sini la pulak. heheheheh ! *bagi yang mampu la kan.*
sebenar nya saja nak lepak-lepak situ, amik berkat la katakan..

syok woo ! ok, kim ada kelas. so makna nya aku akan berseorangan. mana aku pergi?
tempat ni syok. library taylor's. wi-fi terbaiikk !! ahahah. kalau sesiapa duduk situ, nak online sampai bila-bila pun boleh. tapi kene ada password la kann..
aku dah dapat da.. heheheheh !

p/s: great gila. tapi sangat penat, dari pagi sampai petang duk mengadap laptop jer.huh !

Entri 13

ok.hari pertama dekat casa subang, duk rumah sorang-sorang.
sebab nya kim dah start kelas dia dekat taylor's.
bilik berselerak, so decide bangun jugak awal-awal even mata rasa tak nak bukak.
kemas punya kemas, eh, nak try laptop baru la.
yang ni kim belikan. thanks again my dear.
ok, macam biasa lah kan. online dulu facebook. then pagi-pagi lagi dah test
webcam dengan anis. wow ! heaven nye, clear gile. lepas ni kalau dah balik
kolej senang la nak skype. ahahaha ! boleh la nampak muka aku hari-hari. kan kim ??
ahahahah !

ok,sambung kemas bilik. kemas da habis, kepala otak serabut. tak tahu nak buat apa.
tengok tv? dah.. makan? pun dah jugak. nasi lemak ayam tuhh.
hurrmm. entah la. sambung online, download lagu, chit-chat, tidur. bangun tidur sambung lagi benda yang sama. syok ! layan lagu ni. best gila.


huh ! bila la kim ni nak balik dari kelas.
dah la kelas dia habis pukul 6petang. walaweyh! appa nak buat ni. tengok jam baru pukul 2petang, mandi pun tak lagi. terasa sangat lah malasnya nak
menyegarkan badan.

tengah tengok tv, kejap lagi macam ada orang bukak pintu. akui pun ingat kan mumbie balik. mumbie ni housemate kim. foreign student, from Africa. wohoo!
tengok-tengok kejap lagi, kim yang tercegat depan pintu.
haaaaaa !! lega.. tak la aku bosan sangat.

"kata kelas habis pukul 6petang? tak bagitau pun dah balik kelas?" dengan muka yang gembira, dia menjawab. "ahahahaa! saja je nak buat surprise.
kene tukar group 2, dalam schedule, kelas sampai 2petang, apa lagi. aku pun cepat-cepat la balik.".. haaaaa! bagus jugak la kim balik awal.
macam biasa, bila bersama, aku spend time dengan dia. pegi makan,
jalan-jalan, borak-borak sampai la malam, then tidur..
dengan mata terpejam, hati pun berkata.
zzZZzzzzz"esok ikut dia pegi taylor's la,tak sanggup duduk
sorang-sorang kat rumah' zzzZZZzzz.
gudnite.!

September 6, 2011

Entri 12



---> sambungan dari Entri yang sebelum ni.

perjalanan yang agak letih dari Muar ke UPM serdang dimana disitu lah
rumah mak angkat aku.
sampai saja di rumah, angkut beg kesana, angkut barang kesini aku dengan kim
ditugaskan untuk ke pasar. sebab hari ni mak nak buat makan-makan sikit.


almaklumlah. hari raya kan. jemputan tak adalah ramai sangat, ramai family belah husband kak long kim,
*Ann Nisa Zainudin*. family fyra pun ada jugak, dia merangkap adik angkat kim. ok, so makna nya, aku dapat jumpe dengan superhero aku. si kenit Emir Fahrin.!! hohoho. dengan budak tu pun rindu jugak weyh. rindu gila !!
ok, lepas membeli belah di pasar borong selangor, kemas rumah sikit-sikit.
then siap, badan kepenatan, mata keletihan, kaki kelenguhan. ahahaha.!
langsung tidur sekejap, sampai ke petang. tiba lepas maghrib, family abang Im sampai dulu.
dia ni abang kim yang pertama. handsome kot.ahahaha ! status? berkahwin, anak seorang.



*hurrm. cute budak nie. punya lah pemalu, bila dah kenal, hamik kau ! tak nak berganjak langsung duk

berborak*

lepas tu, keluar pegi beli ais dengan kim. dia apa lagi, kalau abang Im ada,
mesti la dye nk drive kereta abang Im tu, Peugeot 206. auto la pulak kannn.
memang syok la nak drive. hahah ! lagi syok bila kim bagi aku try drive. huhuh !
even lesen tak ada lagi, boleh la sikit-sikit drive. thanks my dear !

tak lama lepas tu, terkejut aku bila kak long masuk bilik. tak ketuk, tak apa,
terus je masuk.
"eh,kak long? sampai dah? " salam je tangan, terus tanya. "aen mana kak long? ".

kak long pun cakap, " ada tu ha, kat depan". terus keluar bilik then carik si kenit tu.
rasa nak menjerit je panggil budak tu. aaeeenn !! bila dia nampak aku, terus tersenyum lebar.
terus salam tangan aku, dengan mulut nya yang penuh dia duk sumbat dengan kuih raya.
hah ! nampak sangat dia kenal aku lagi. mana tak nya, masa jadi babysitter dia dulu, aku lah yang rajin melayan kerenah dia, pujuk dia bila gaduh dengan abang dia.

* haaa.. ni la dia. dua-dua masih comel lagi..*

seperti biasa la, bila dah ramai yang datang, layan la diorang makan.
tapi dalam masa yang sama, aku syok melayan aen main game. manja betul dia ni.
terubat sikit rindu kat dia. heheheh !

dah habis semua orang makan, aku dengan kim cepat-cepat la mengemas semua nya.
nak bersiap terus balik apartment kim kat Casa Subang, sebab nya esok kim dah ada kelas balik.
tengah kemas-kemas, kak long pun nak balik dah. salam aen, salam ean.
rindu balik dengan budak tu. tiba salam dengan kak long, dia hulur aku duit raya. ahahah !
terima kasih kak long.. tahun depan jangan lupa bagi lagi ye. hehehehe !

dalam pukul 11 malam macam tu, aku dengan kim da siap kemas dan nak balik ke apartment,
abang Im yang tolong hantar. masa dalam perjalanan, si Harish tu punya la tak berhenti bercakap. ahahahah ! aku pun melayan la. dia pun dah tak takut dengan aku, peramah jadi nya budak tuh.
duduk la atas riba aku sampai la aku sampai kat apartment. hehehe ! "ok harish, akak dengan Cik Imah nak balik, nanti jumpa lagi ok?".

tiba lah masa aku mengenali kehidupan best friend aku sepanjang dia
sambung degree dekat Taylor's University Lakeside Campus. sampai je dalam bilik, terus bukak envelop yang kak long abgi tadi. wow ! not 50 !! caya lah kak long. thanks again.
lepas tu terus baring atas katil dan borak-borak dengan kim . sejak dari semalam tak berpeluang langsung
nak ber-borak dengan dia. rindu nyaaa~ borak punya borak, kitaorang pun tertidur.
penat gila la kan. esok pun dia dah ada kelas nak attend.

sambung next entri.---->

Entri 11

aku sambung lagi dari entri yang ke-10..

pagi esok nye, dah lepas kemas-kemas barang and breakfast,
ayah ameer merangkap pakcik kepada ikrima zainudin dan ameen loqman,
ajak pergi dusun dia, amik buah pulasan. katanya ole-ole dari Muar sebelum balik kL.
ahahah !
aku pun tak melepaskan peluang untuk ikut.
pegila ke dusun dengan Hilux,ameer drive. syok jugak ronda-ronda kampung pagi-pagi ni. dengan kabus yang tebal, matahari yang baru nak naik.
wow !! heaven.

sampai je dusun, ha... start la Cik Man dengan Ameer amik pemetik buah,
dan aku dengan Ameen just tengok jela. heheheheh !
Kim Zainudin tak dapat ikut. tu sebab Cik Man tak bagi ikut. dia kata,sane banyak nyamuk.
huh ! anak saudara kesayangan pulakkk.
mane boleh kene gigit nyamuk sikit. punya lah sayang gile..
so,aku dengan ameen aje yang ikut.
memang syok tengok dusun Cik Man tuh, buah pulasan dia..
mak aii ! besar-besar kot. dan pokok dia rendah je.
budak 5tahun pun boleh petik buah pulasan tu. tu sebab Cik Man ni rajin potong dahan pokok tu, sebab nak kan dia jadi rendang.
aku pun tanya lah kat Cik Man.

Aku: cik man, pokok ni dulu cik man letak baja ke? buah dia elok,besar-besar pulak tuh.
Cik Man: eh,mesti lah letak. tapi cik man tak la pakai baja sembarangan. cik man pakai baja 'R'. kalau pakai baja 'M' , alamat tak berbuah laa..

ameer mula memandang aku, menunggu reaksi daripada aku. si ameen pun macam tu jugak, tapi dengan muka yang pelik. baja 'R' ?? baja 'M' ?
aku pun mula buat andaian, baja rajin dengan baja malas??

Cik Man: haaa.. betul la tuh..

ameen dengan blurr nye terus tersengih. ahahahah !
agak penuh la buah pulasan tu dalam satu kereta sorong tu,
kami pun balik. sampai saja di rumah, aku pun bungkus kan
buah pulasan tadi dalam karung, untuk bawa balik ke kL.
kami pun berangkat pulang. hahaha !
seronok jugak dapat kenal dengan family Cik Man nie.
lain kali, kalau lalu Muar tu, bole la singgah rumah dia.
heheheheheh !

p/s: lain kali boleh datang rumah Cik Man lagi,bole pegi dusun makan buah..

Entri 10

ok. aku sambung dengan entri yang lepas.

tiba hari raya yang ke-5, saat yang dinanti2kan.
menunggu orang yang datang dari kL-Muar-Kulai. hahahahah !
mengambil masa selama 2jam dari Muar untuk sampai ke Kulai.
namun,kesilapan telah dibuat oleh ameer,sebagai pemandu yang dinaiki mereka.
diaorang pergi ikut jalan dalam, dengan mengambil masa lebih kurang 3jam setengah. huh ! *sape suruh kan, highway sikit punye elok tak nak lalu*. boleh bengkak punggung rasa nya duduk dalam kereta selama itu. hamek kau !
tak apelah,pengalaman kann. ahahahah !
niat sebenar nak mak dan ayah angkat aku kenal dengan ibu dan papa.
tu je sebenarnye. tak ada apa pun.

borak punye borak, makan punye makan,
kejap lagi mak aku boleh pulak tanya dengan aku.
"ika,nak ikut mak balik kL tak?". ahahahah !
aku pun apa lagi,dengan senyuman yang melebar,
sambil mata menjeling kepada ibu dan papa. haaa!
nak minta permission la kan. dah kalau mak yang ajak,
ibu dengan papa pun bagi jela aku ikut. thanks ibu, papa !!
Love you so much !

ok,aku pun siap packing beg. dengan berbekalkan baju yang tak banyak sangat tuh.
dah lepas makan semua, mereka pun nak balik ke Muar semula.
aku pun ikut diaorang lah kan. balik dalam pukul 7malam, sampai dekat Muar
dah nak pukul 10 lebih. ikut perancangan nak balik kL malam tu jugak,
tapi mereka kepenatan.
thats mean,kami semua tidur la dekat rumah ameer lagi satu malam.
so decide balik kL lepas subuh esok.

p/s: lain kali,guna lah kemudahan yang ada tu yek.


September 5, 2011

Entri 9

sudah lama rasa nya meninggalkan Mr.Blog.
just grab this leisure time to update.
nak memulakan cerita pasal hari raya. yeah !
firstly nak wish "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI".
kesempatan ini nak memohon maaf atas semua dosa-dosa
yang telah dilakukan kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri ini samada dengan sengaja ataupun tidak.
sesungguhnya manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan.
ok, done.
cerita pasal hari raya pertama,
seperti biasa papa, abang ngah, amier dan eiman akan ke masjid untuk solat sunat aidilfitri. masing2 kacak berbaju melayu.
tema untuk tahun ni aku pilih colour grey. lepas tu,aku se-family
dijamu dengan masakan ibu. macam-macam makanan yang
biasanya disediakan pada hari raya. selesai semua tu,
tiba masa untuk bersalaman dan bermaafan dengan ibu & papa. ikut giliran tau ! start dengan along, aku, abang ngah, amier and eiman.
macam biasa lah, adat pada hari raya adalah ziarah menziarahi.
buat pertama kali aku dan family keluar berhari raya. sebabnya abang ngah pun baru saje beli kereta tahun ni. so dapat lah keluar beraya.
beraya sakan kesana dan kesini sampai hari raya yang ke-4 dan
hari itu juga aku mendapat berita gembira.
Kim Zainudin as my best friend nak datang beraya bersama mak, ayah, ameen dan ameer merangkap sebagai sepupu dia. ahahahah !
setelah lebih kurang 64 hari tidak berjumpa.
huh ! rindu nya tidak ter-kata.

p/s: sambung next entri. :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...