Interframe here !!


ShoutMix chat widget

**lovely**

**lovely**

September 5, 2011

Entri 9

sudah lama rasa nya meninggalkan Mr.Blog.
just grab this leisure time to update.
nak memulakan cerita pasal hari raya. yeah !
firstly nak wish "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI".
kesempatan ini nak memohon maaf atas semua dosa-dosa
yang telah dilakukan kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri ini samada dengan sengaja ataupun tidak.
sesungguhnya manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan.
ok, done.
cerita pasal hari raya pertama,
seperti biasa papa, abang ngah, amier dan eiman akan ke masjid untuk solat sunat aidilfitri. masing2 kacak berbaju melayu.
tema untuk tahun ni aku pilih colour grey. lepas tu,aku se-family
dijamu dengan masakan ibu. macam-macam makanan yang
biasanya disediakan pada hari raya. selesai semua tu,
tiba masa untuk bersalaman dan bermaafan dengan ibu & papa. ikut giliran tau ! start dengan along, aku, abang ngah, amier and eiman.
macam biasa lah, adat pada hari raya adalah ziarah menziarahi.
buat pertama kali aku dan family keluar berhari raya. sebabnya abang ngah pun baru saje beli kereta tahun ni. so dapat lah keluar beraya.
beraya sakan kesana dan kesini sampai hari raya yang ke-4 dan
hari itu juga aku mendapat berita gembira.
Kim Zainudin as my best friend nak datang beraya bersama mak, ayah, ameen dan ameer merangkap sebagai sepupu dia. ahahahah !
setelah lebih kurang 64 hari tidak berjumpa.
huh ! rindu nya tidak ter-kata.

p/s: sambung next entri. :)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...